Jan 22, 2012

Cubaan Pertama

Salam sejahtera semua,

Seperkara dulu: Ini bukan cubaan pertama dalam blogging. Ini ialah cubaan semula menulis hasil desakan kawan platonik pertama. Sememangnya sudah berkali-kali blog dibuat, memang sudah bertahun-tahun menulis tapi sudah penat terasa penat bila tengok orang tak banyak jenguk blog dan rasa hasad dengki tu meluap-luap bila tengok kawan lagi berbakat menulis blog. So kali ini peraturan diri sendiri dalam menulis perlu bertukar. 

Kali ini: Aku menulis untuk diri aku. Aku kena lupakan pasal berapa orang yang singgah baca blog aku. Lupakan pasal berapa orang yang follow blog ni. Lupakan juga pasal number of comments yang pembaca tulis. Kali ini aku menulis untuk aku. Tapi, kali ini juga aku nak menulis untuk semua. Untuk beberapa benda yang aku tahu dan faham setelah penat buat research kat Internet, aku akan cuba bagi korang faham. Kali ini aku nak cuba pulak menggunakan bahasa Melayu mudah. Dulu aku rasa syok bila tulis blog dalam English, tapi approach kali ini ialah Manglish. Silap, bukan Manglish tapi alternate between Malay and English. kalau Manglish tu macam ni:

"Ah, kali ini I nak cakap pasal things yang I think akan buat your kepala explodeletup!"

Sumpah nampak cool Manglish ni, tapi retarded sebenarnya. Kalau nak perbaiki English, latih diri bina satu ayat lengkap. Begitu jugak dengan bahasa Melayu. Okay, cukuplah tu. Seterusnya pula, aku tak boleh berjanji untuk selalu update blog ni berterusan. Lumrah student, beb. Mesti ada masanya kita kena sibuk tak mengenal masa kalau nak lulus tahun. Aku dah rasa peritnya mengulang tahun pengajian so kali ini aku takkan main-main lagi.

Kembali ke topik pasal blogging. Apa yang aku patut tulis dalam blog ni? Apa pulak yang korang nak baca pasal blog aku ni? Larat ke aku nak luahkan segala isi perasaan dan sukat pemikiran aku kat dalam blog? Atau patut aku focus on pengalaman asam garam dan isu-isu semasa? Jawapannya bergantung kepada aku. Dari masa ke masa aku akan berikan kata putus. Yang penting bagi aku, blog bukannya pengganti diari. We write to express ourselves. Not to impress others and most definitely not to suppress our thoughts here for no one to read.

Masa akan datang: Obviously aku akan tulis benda yang aku rasa menarik untuk dikongsikan bersama. Thoughts on certain topics that are important enough to be jotted down and to be remembered. Aku belajar dari pengalaman yang kadang kala penulisan berdasarkan emosi dan perasaan akhirnya akan mengubah persepsi kita pada masa akan datang. Kalau dulu kita berasa gembira atas sebab-sebab tertentu, contohnya macam menang loteri misalnya, tak semestinya in the future bila kita baca balik apa yang kita tulis kita masih boleh berasa gembira. Lebih-lebih lagi bila hutang keliling pinggang sebab terjoli duit loteri lebih. Ini contoh sahaja. Aku tak main loteri mahupun 4D.

Not bad for the first post. InsyaAllah lain kali aku akan tulis tentang perkara yang jauh lagi menarik dari yang ini.

Sekian, semua.

No comments:

Post a Comment

Strictly no flirty languages, excessive smileys, or being overly-familiar (unless I know you personally). Thank you for reading!