Apr 16, 2012

Bilik sewa uni tahun depan

Salam sejahtera semua,
Untuk pengetahuan anda semua, pada tahun depan (September 2012, sebenarnya), apartment Educity Iskandar yang sepatutnya kena siap dibina pada tahun ni akan siap dan boleh didiami oleh pelajar-pelajar NUMed. Horay. Aku tak sempat lagi nak melawat apartment kediaman pelajar tu. Dengar kata bilik-bilik kat situ semuanya kecik-kecik nak mampus. Nak buat camne adatlah kan duduk kat kediaman universiti.. Nak hidup mewah duduk menyewa kat luar la jawabnya.

Ada desas desus yang tidak menyenangkan isi hati aku tiba. Hal-hal seperti pelajar tidak dibenarkan memasak di apartment baru itu. Alasannya ialah demi keselamatan semua. Ada insiden terbakar-bakar rasanya. Itu tolak tepi. Bila takboleh masak, secara automatik perkakas-perkakas dapur tak boleh bawak. Peti ais, periuk belanga, batu lesung, dapur stove, tong gas, rempah Adabi, daging ayam beku dan sebagainya. Aku fikir ada rasionalnya di situ. Aku sendiri pun tak percaya yang kitorang ni rajin memasak dan RAJIN MENGEMAS balik selepas masak. Mengikut pengalaman memasak dengan housemates aku tahun ni, pergh dapur jadi macam medan perang. Kupas kulit bawang pun dah disaster. Lantai berminyak, frying pan bercalar-calar, peti ais penuh dengan benda yang dah mula berbau, ibu periuk nasi kotor, dan sebagainya. Dah la aku masak macam siput lembabnya. Sekali masak dah sampai sejam. Pergh. Tak sanggup.

Aku ada ambik pamplet pasal layout bilik-bilik yang disewakan. Aku berhasrat nak ambik 4-sharing room, sebab paling murah (RM320 sebulan, YE LA SANGAT MURAH KAU TU). Di sini aku tunjukkan kat anda semua pamplet tersebut:
DSC01574Maaf lah kertas ni dah lama. Separuh lunyai dah kertas ni hahaha


DSC01577
Nampak tak betapa sengsaranya bilik macam ni? Agak-agak dah okay ke.. atau terlalu kecik?
Untuk memudahkan hidup aku untuk membayangkan bagaimana agaknya rasanya bilik itu nanti, aku telah mengambil insiatif untuk membina replika model bilik tersebut dalam game THE SIMS 3. HA HA HA. Effortet tak gua? HAHA

Screenshot-2Teka siapakah 4 jejaka handome ini?


Screenshot-3
Dari kiri: Pojie, Shakir, Aku dan Haqiq. Sedang melihat satu plot tanah kosong yang akan menjadi tapak model bilik sewa kongsi 4 orang.

Screenshot-6Screenshot-7Lebih kurang sejibik tak design bilik 4 orang ni dengan bilik apartment tu?


Screenshot-24Masing-masing menghadap laptop. Bagus la tu.


Screenshot-30Pojie tengah cabut bulu hidung dia depan cermin.

Screenshot-31Masalah utama yang CONFIRMED akan terjadi: Menunggu turn orang guna tandas dan shower.


Di sini ialah senarai barang-barang yang kena BANNED (kalau kena tangkap kena bayar FINE) atau IMPOSSIBLE untuk dibawa masuk ke dalam bilik apartment (pasal tak muat, itu pasal):

Screenshot-19
1. WATER HEATER (MAYBE BOLEH KOT, TAK SURE)
Screenshot-8
2. RAK BUKU (MACAM TAK MUAT)
Screenshot-11
3. GUITAR (NOISE POLLUTION)
HAHA AKU TAK SURE SEBENARNYA. BOLEH KOT.
Screenshot-12
4. SET TELEVISION
(ELECTRONICS, SIZE GEDABAK MACAM NI CONFIRM LA TAK MUAT)
Screenshot-13
5. RADIO / SPEAKER
(ELECTRONICS, PUBLIC DISTURBANCE)
Screenshot-14
6. SOFA
(HAHA ADA AKAL KE NAK BAWAK BENDA ALAH NI)
Screenshot-15
7. PETI AIS
(TOTALLY OUT OF THE QUESTION)
Screenshot-17
9. MICROWAVE
(NOPE)
Screenshot-16Screenshot-18
8. DAPUR STOVE
(TAK PAHAM BAHASA KE, NO COOKING ALLOWED!)
Screenshot-32
10. WASHING MACHINE
(ISKANDAR NAK PERHABIS DUIT KAU. SILA GUNA LAUNDRY SERVICE PROVIDED)

Ini semua sekadar hiburan, dark humour. Jangan marah ye Iskandaq oi.. T____T
Salam, semua.

5 comments:

  1. the first time i saw the pic 4 jejaka handsome I can already figure out which one is you. yellow shoes.

    ReplyDelete
  2. oh it's zaf btw.

    ReplyDelete
  3. Ah, hehe Did you notice the Sim me is kinda gem2

    ReplyDelete
  4. asal kite semua berdiri ala2 gay safuan? hahaha

    ReplyDelete
  5. nope i tak perasan. is it intentional or coincidence? haha

    ReplyDelete

Strictly no flirty languages, excessive smileys, or being overly-familiar (unless I know you personally). Thank you for reading!