Jun 29, 2012

Perkara yang terjadi di hari Jumaat

Salam sejahtera semua,
Entri post kali ini barangkali tidak bertajuk, melambangkan pada zahir dan batinnya entri ini tidak mempunyai objektif, hala tuju, isi dan pengajaran. Ini cuma sekadar bebelan dan omongan kosong di petang Jumaat yang sangat, sangat membosankan. Pun begitu, harapnya di kala ketika jari jemari menaip mungkin akan timbul isu dan topik yang boleh dikupaskan di sini buat masa sekarang.

Sementara menunggu masa untuk idea entri kali ini untuk menerjah tiba, aku akan bercerita kepada sesiapa yang sudi akan cerita yang berlaku setiap kali aku sembahyang Jumaat di masjid. Tak kisah sama ada masjid di Penjara Kajang ke, masjid Gelang Patah atau di masjid Kapitan Keling, KL, semua yang aku perhati ni memang selalu terjadi dan aku kira anda semua pun mesti perasan.

Ambil cerita Jumaat hari ini, di masjid Penjara Kajang. Tolak tepi ingatan aku yang selalu menerawang jauh tanpa ambil fokus intipati khutbah tadi, walaupun aku tahu benda tu salah tapi entahla, senang betul aku untuk mengelamun. Lain kali aku akan ambil pot dengaq ceramah khutbah betul-betul. Apa yang aku perhatikan ialah ketika iqamat selepas khutbah berkumandang, orang ramai pun berdiri la kan dan buat saf untuk mula sembahyang. Yang menjadi masalahnya tak perlu la kau nak terhegeh-hegeh berdiri kalau depan kau tu kosong. Budaya masyarakat Islam di Malaysia ni aku bilang tak sebagus umat Islam yang aku perhati di UK. Walaupun aku cuma berada di UK selama 11 bulan, alhamdulillah aku bersyukur dapat menimbang banyak ilmu dan pengalaman selama aku berada di sana.

Kalau di UK ada je tempat kosong orang mula berebut nak kejar saf depan. Langkah kaki pantas dan bersegera sebab nak cepat angkat takbiratul-ihram. Aku perhati di Malaysia ni orang Islam kita lembik-lembik belaka. Lembab macam siput. Ada tu siap letak tangan kat belakang badan jemaah sebelahnya, tolak suruh pergi ke depan. Orang tua tu. Kalau dah berumur, dah bergelar pakcik, kena la lagi bersaing kejar pahala saf depan. Ini tak. Imam sampai dah mula baca surah kau masih nak terhegeh-hegeh melangkah penuhkan saf kosong kat depan. Pastu saf asal kau semua dah ikut Imam solat, jadi mana lagi orang belakang saf nak penuhkan saf kosong kau yang kau tinggalkan tu?

Lagi satu hal yang terjadi ialah pasal perkara nak rapatkan saf. Pergh. Sembahyang nak seselesa-selesanya. Kalau boleh taknak bersentuhan kaki dengan orang tepi kiri kanan. Engkau tu sembahyang Jumaat BERJEMAAH. Bila dah berjemaah tu kau kena faham saf kena rapat. Kena rapat jangan tinggalkan ruang sedikit pun sebab syaitan boleh mencelah. Ni kau nak ruang besar kiri kanan kau sebab nak bagi angin mencelah. Kau kata panas, nak kasi angin lalu. Tak pun sebab kau tak suka langgar orang kiri kanan, nanti tak khusyuk. Yang ni kena kat aku minggu lepas. Masjid yang sama. Aku rapat la ke kanan sebab orang kanan aku tu kanannya cuma dinding. Aku berpendapat elok kalau pergerakan rapatkan makmum dalam saf ialah rapat ke kanan, tak taulah apa yang sebetulnya. Kemudian, aku sentuhlah tangan pakcik sebelah kiri aku ni suruh dia ikut rapat ke kanan, rapatkan saf. Time ni aku ngan dia belum angkat takbiratul-ihram lagi. Boleh pulak dia buat isyarat tangan kat aku supaya aku rapat balik kat dia. PEMALAS NA’UZUBILLAH BETUL.  Orang kanan aku pulak buat derk je taknak rapatkan saf ke kiri. Dah jadi ruang kosong kiri dan kanan aku. Aku bengang betul. Kau tu dah la pakcik. Takkan 40 tahun lebih sembahyang takde orang ajar untuk rapatkan saf??

Muslim di UK cukup pantang kalau ada kosong dalam saf. Rapat serapat-rapatnya. Di situ kau rasa perpaduan. Kau rasa semangat jemaahnya. Sebab itu di sana aku tak kekok ikut bersama bertakbir kuat bila perlu. Imam mereka pada setiap kali waktu solat kadang-kala akan spend sampai seminit memeriksa saf. Imam tu sendiri akan berdiri menghadap makmum dan tengok saf. Bukan setakat menegur tanpa berpaling menghadap makmum. Sedihnya imam di masjid Malaysia ada yang macam tu. Ada yang siap tak tegur langsung pasal rapatkan saf. Kalau tak boleh periksa pun, at least tegur sebelum solat. Berilah penerangan, berilah tunjuk ajar. Mungkin sebab makmum kita terlampau manja dengan kemewahan dan nikmat berjemaah di Malaysia. Nikmat berjemaah tu bagi aku ialah kelebihan yang ada di negara kita sebab tersedianya banyak masjid-masjid di seluruh negara dan jumlah jemaah yang ramai yang datang ke masjid. Itu suatu nikmat yang Allah kurniakan untuk kita. Negara lain ada sampai tak kasi dirikan masjid, apatah lagi untuk mendirikan solat di khayalak ramai. Tapi malangnya kita jadi naik lemak. Oh kalau boleh surau atau masjid nak kena letak air-conditioners. Bila sejuk, tak panas tak berpeluh, baru boleh khusyuk solat katanya. Lepas tu carpet kena tebal. Bila sembahyang jemaah, sejadah kena hamparkan sorang satu. Bila dah macam tu mana saf nak rapat. Sebab nanti ada yang kena solat di tengah-tengah dua sejadah. Tak best la camtu. Aku nak gak satu sejadah untuk aku. Kau pakai sejadah kau.
Hotak kau.

Aku ingat lagi ada seorang khatib tu dalam khutbahnya di Newcastle dia berkata, “Here [in UK] there are few Muslims, but plenty of Islam. In other countries, sadly, they have many Muslims, but little Islam.” Memang terkesan dalam jiwa. Iktibarnya dari apa yang aku perhatikan ni ialah, apa yang aku mengomel di sini akan aku cuba baiki satu demi satu. Kalau takboleh jadi imam besar pun, janji bila aku dapat jadi imam bagi jemaah di kalangan kawan-kawan misalnya, akan aku pastikan semua akan perbetulkan saf. Taknak la tau bising je tapi hapak satu pun tak betulkan, kan? InsyaAllah aku akan berusaha untuk jadi Muslim yang terbaik. Amin.

Sekian, semua.

2 comments:

  1. ey this post was dated on my birthday, which is a part of "perkara yang terjadi di hari jumaat" heh.

    ReplyDelete
  2. well that one was "perkara baik yang terjadi di hari Jumaat" :)

    ReplyDelete

Strictly no flirty languages, excessive smileys, or being overly-familiar (unless I know you personally). Thank you for reading!