Jul 5, 2012

My relationship status: ?

Salam sejahtera awak,
Saya suka tulis entri kat awak macam ni. Separa diari bunyinya, separa warkah cinta dan mungkin ada berbaur notis pengumuman bagi semua yang membaca. Natijahnya sini saya tulis ini untuk awak, dan ya, hanya untuk awak.
Pedulikan apa orang lain mungkin fikir pasal kita (Amboi, daring-nya mamat ni tulis surat cinta kat blog ni. Nanti kau aku retweet). Tidak. Tiada sesiapa akan ambil peduli pasal entri ini. Hanya kita berdua. Dan saya sedar awak selalu jenguk tempat ni. Sama seperti saya selalu singgah tempat awak. Singgah dan baca isi hati awak. Dan dari situ saya dapat tahu sedikit apa yang awak minta dari saya. Apa yang perlu saya bagi.
Jawapannya terbentuk dua hala. Ya dan tidak. Ya sebab nalurinya, batinnya saya memang nak yang terbaik buat kita berdua. Jika ada rezeki, jika ada keizinan, ya saya mahu. Jika ada umur panjang, jika tiada aral melintang, jika awak masih sudi, ya. Jawapannya sentiasa ya. Untuk awak dan untuk saya.
Tidak itu datangnya pada masa. Bukan sekarang, awak. Saya takboleh bagi awak jawapan ya saya sedangkan percaturan belajar saya masih terumbang-ambing. Awak sedar, bukan, yang ilmu dan cinta tidak datang seiringan bagi saya? Saya terbaca tentang cinta. Katanya ‘berada dalam hubungan ibarat kerja sepenuh masa. Kalau tak mampu jangan jatuh cinta.’ Itu direct translation sebenarnya saya jumpa di twitter. Dan saya sudah maklumkan kepada awak tentang apa yang saya takutkan bila bercinta. Stupidity and temper. Stupidity and temper. Bahaya bagi saya dan bagi awak.
Tapi saya rindu awak. Saya pun hendakkan hubungan kita berkekalan hingga akhir zaman. Hubungan yang halal dan penuh keriangan (Amboi gatal). Relationship is really not complicated. Cuma saya. Dan mungkin awak. Dan mungkin LDR tidak membantu. Tapi the last time kita bersama pun awak merajuk dengan saya pasal kacau awak memasak. Hmm macam mana tu? :P 
Mungkin awak sudah lama takdengar saya bercakap pasal cinta. Maafkan saya. Dan memang sudah lama awak takdengar ini dari saya, maka terimalah ia.
Saya sayang awak.
Sekian.

No comments:

Post a Comment