Aug 14, 2012

Mata Scarerow

Salam sejahtera semua,
Perlu dikhabarkan kepada semua terlebih dahulu yang title post ini yang sebenarnya ialah Mata Skero, cuma saja nak bikin gempak tulis pronunciation-nya in English (dasar perosak bahasa). Aku pun taktaulah mana datang asal perkataan ‘mata skero’ ni. Bertahun-tahun lamanya aku dengar mak aku cakap mata skero, mata skero and mak aku cakap kemungkinan itu adalah loghat orang Kelantan. Apa-apalah. Itu tak berapa penting sangat.

Perkara yang pentingnya di sini ialah pasal mata aku. Mata aku sudah menjadi skero. Dalam erti kata yang lain, dalam Bahasa Melayu mudahnya, mata aku sudah mereng rabun. Jangan tanya aku rabun jauh atau rabun dekat sebab sampai sekarang aku masih tak tahu mana satu yang mana. Padahal belajar Physics SPM in English penat-penat (takde kena mengena) pasal topic Optics tapi otak bodoh menglembu tak reti beza rabun jauh dengan rabun dekat. Disenangkan lagi cerita, penglihatan jarak jauh aku kabur. Ha. Sila bagitahu, rabun jauh atau rabun dekat??

Bila buat pemeriksaan mata percuma bersama ayah dan ibuku, tauke kedai itu berkata yang mata kiri aku silau and mata kanan aku taknampak jauh. Wajib pakai spek. Aku dalam hati fikir, “yo-yo la kau ni kata aku kena pakai spek. Ok fine aku pakai spek tapi buat kat kedai lain huh biar padan muka kau.” Aku sebenarnya kalau boleh taknak pakai cermin mata ni. Aku dahla tak handsome, gemuk pulak tu, ni kalau pakai spek mata lagi la hideous jadinya. Dahla semua spek mata kat situ tak padan dengan muka aku woah stress sebentar aku di bulan puasa ni ERGH.

Tauke kedai tu pulak seboleh-bolehnya dok promote spek mata Swatch berbingkai tebal warna hitam. Tak lawa gila dengan aku tapi semua orang cakap “hmm boleh la tu” “Okla” “Not bad” and aku pulak dalam hati “HELLO, aku taknak bolehla atau oklah. Aku nak OMG LAWANYA atau PERGGHH SESUAI SPEK NI DENGAN KIM takpun WAHH MACAM ARTIS LA YOU PAKAI SPEK NI”. Aku pulak jenis tak assertive so nak taknak aku terima jelah dengan cadangan tauke kedai tu. Sedikit menyesal tapi takpelah huhu..

Setelah pilih bingkai spek dan buat pemeriksaan lanjutan kena tunggu sampai seminggu tapi baru 2-3 hari spek aku itu dah siap. Boleh tahan laju jugak dia buat kerja. Kemudian hari yang tak ditunggu-tunggu pun tibalah (it’s amazing how the days we dread always come sooner than we are meant to wait). Tauke kedai tu suruh aku test pakai. Dia suruh aku berdiri kat aisle kedai dia tu and tengok jauh ke luar kedai pastu renung pulak ke arah lantai. Aku dalam hati fikir, “Woah macam rehabilitation centre untuk orang lumpuh dia layan aku macam tu sekali. Cis kau aku tahulah pakai spek macam mana!” HAHA tak bersyukur betul. Sekurang-kurangnya aku masih ada daya penglihatan Alhamdulillah..

Oh lupa nak cerita. Dalam dia ghairah promote spek mata brand Swatch kodi cap ayam dia tu (aku tak rasa itu Swatch original pun) entah macam mana aku boleh bersetuju untuk buat photochromic lens. Ala so kiranya bila berjalan di bawah panas terik mentari spek mata tu bertukarlah ke warna kelabu. Padahal aku plan nak pakai spek ni waktu lecture je sebab tak nampak jelas powerpoint slide yang terpampang. Alih-alih dah jadi sampai RM250. Huhu. Terasa karma tengah gelak kat aku sekarang ni sebab dulu aku suka kutuk kawan aku bermata empat. Haa padan muka sendiri!

Sekian, semua.

No comments:

Post a Comment