Jan 25, 2015

Seketul daging sebekas darah

"Ya Allah berdebarnya hati ni hanya Engkau saja yang tahu."

Dia tahu apa yang terjadi pagi tadi adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Suaminya sudah bertolak menuju ke tempat kerja dan dia tidak ada sesiapa untuk menanyakan tentang apa yang terjadi. Tekad melampaui ketakutan, dia bergegas mencapai kunci kereta di atas meja dan memandu seorang diri ke hospital.


Ketika dalam perjalanan otaknya menerawang diselubungi gelisah. Buku merah jambu yang diberi oleh staff nurse lebih dari dua bulan lepas dibelek-beleknya. Ini adalah pengalaman pertama baginya. Sejujurnya dia berasa sangat teruja berselit gementar, tapi proses mengandung itukan normal sahaja, fikirnya. Sudah sampai masanya untuk aku menimang cahaya mata pertama. 

Setibanya di hospital, dia dibawa ke pusat penyaringan sakit puan. Setelah mendaftar dan menunggu buat seketika hingga gilirannya dipanggil, seorang doktor pelatih datang untuk menanyakan tentang tujuan dia datang ke hospital. Katil kosong sudah sedia menanti dan doktor itu meminta agar dia baring di atas katil.

Dalam hatinya dia tidak putus-putus berdoa semoga tiada apa-apa perkara buruk akan terjadi hari ini.

Kejadian pagi tadi seolah-olah mimpi ngeri baginya. Di kaca mata fikirannya dia masih terbayang-bayang apa yang dilihatnya itu. Mungkin aku terbayang sahaja, agaknya. Mungkin semua itu tak berlaku. Kesan darah dan ketulan-ketulan merah yang tersaksi di permukaan seramik jambannya membuatkan dia menggigil ketakutan. Kepalanya mula berpusing dan dia berpeluh sejuk. Dalam keadaan separa tak percaya, cepat-cepat dia mengepam jambannya seolah-olah mahu membuang realiti yang sedang berlaku kepadanya.

"Puan, kenapa puan pergi pam jamban? Puan patut ambil ketulan itu bawa ke hospital supaya kami boleh periksa," tegur doktor pelatih itu. "Manalah aku nak tahu pasal benda ni semua! Aku nak berfungsi macam manusia normal pun susah sekarang ini!" teriaknya dalam hati. Debar hatinya semakin laju. Dia cuba merasionalkan pemikirannya. "Alah, mungkin tak ada apa-apalah dengan darah tadi. Sikit sahaja yang keluar."

Doktor pelatih kembali, kali ini ditemani oleh kawan sekerjanya. Turut bersama ialah empat orang pelajar perubatan. Dia meneka, kerana yang berempat ini asyik berjalan di belakang doktor-doktor pelatih bagaikan bayang Peter Pan dan sibuk bertanyakan itu-ini kepada doktor-doktor. "Ish, menyemaklah mereka ini. Tak pasal-pasal hal sulit aku sampai 6-7 orang sibuk nak tahu," rintihnya perlahan. Doktor pelatih itu mula menyapu gel ke peranti ultrasound scan sebelum mula mengibas perutnya.

Di sebalik kain langsir kubikel katilnya dia menangkap satu suara lelaki bersuara dalam sedang memberi arahan kepada doktor-doktor lain. Tekanya lagi, lelaki ini ialah seorang pakar. "Baguslah ada pakar di sini," fikirnya, "boleh dia terangkan apa yang terjadi kepada aku." Doktor pelatih yang sedang mengimbas perutnya berkata sesuatu kepada kawannya tapi dia tidak mampu menangkap butirannya. Agak lama mereka berbincang dan kemudian  pakar di luar itu masuk.

Doktor pakar masuk lalu lantas meminta laporan keadaannya. Doktor pelatih itu melaporkan tentang butir-butir kehamilannya sambil menunjukkan sesuatu di skrin mesin ultrasound. Pakar itu bertanya beberapa soalan dan mengambil alih tempat dengan doktor itu. Dia sendiri mengimbas perutnya untuk mensahihkan laporan doktor pelatih tersebut. Dia hanya mampu berserah diri kepada Allah agar doktor pakar itu akan cuma menenteramkannya tanpa memberi sebarang berita buruk.

"Kak, kandungan kak ni dah tiada."

Dia cuma terdiam dan tergamam. Bunyi bising di persekitaran pudar serta merta diganti bunyi berdesing perlahan.

"Saya dah periksa kak punya rahim ni dan kak punya rahim ni dah hampir kosong. Memang tak menjadi janin dan isinya pun banyak yang dah keluar. Jadinya, kami tak perlu nak cuci sebab memang boleh keluar semua sendiri."

"Jadi saya punya kandungan ni macam mana?" Dia bertanya. Apa yang pakar itu tuturkan umpama bahasa asing yang tidak dapat difahaminya.

"Akak punya kandungan ni dah tiada. Janin tu tak terbentuk pun. Akak ni gugur. Akak boleh balik rumah dan tunggu dalam dua tiga hari bagi baki yang ada dalam rahim itu untuk keluar sendiri. Kita tak perlu nak letak akak dalam prosedur nak cuci jadi akak memang boleh balik," jelas pakar itu lagi.

Matanya mula bergenang air mata. "Ya Allah sedihnya aku hari ini, kecewanya hati aku. Aku gugur!"


Ini cuma cerita semata-mata berselitkan kejadian sebenar yang terjadi di PAC tempoh hari. 
Dialog yang digunakan adalah bukan verbatim manakala monolog yang tertera sepenuhnya adalah rekaan.
_____________________________________________________________________________________________________________________


Moral of the story:

  1. While miscarriage is common and does not greatly implicate the mother's health, we have to realize the  psychological effect miscarriage possesses towards the mothers.
  2. Be aware of the distress the mother experiences upon hearing a bad news. As the one who breaks the bad news, it is imperative that you show empathy towards the patient.
  3. Give them space and time for grieving then explain what is needed to be done next. Reassure them that life must go on and that hope is not lost. 
I am personally close to heart regarding this matter because I have an experience with my brother's first son miscarriage. I was there for them throughout the incident and I can relate with what the parents are feeling vs what the doctors feel. And to that, I would say balance is crucial because over empowering sense of empathy will make us unprofessional and unfit for duty while being stone-cold merciless machine is just what being a doctor is not about.

No comments:

Post a Comment