Jun 12, 2012

Cuti lagi

Salam sejahtera semua,
Sudah sampai masa untuk cuti panjang menjenguk tiba. Kali ini aku tak sedih-sedih bila cuti sampai. Kali ini aku tak banyak termenung dan mengenang nasib diri sambil memikir masa hadapan yang suram. Cuti kali ini aku rasa sangat bersyukur, bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan berikan aku lagi peluang untuk aku sambung belajar medic dekat NUMed ni. Alhamdulillah. Cerita pendeknya, aku lepas exam kali ni. Exam penentu yang aku bilang amat memenatkan emosi dan mental aku, bukan setakat ketika aku menjawab soalan-soalan, tetapi ragu dan sangsi yang terus mengganggu kepalotak dan perasaan aku sehinggalah ke pagi hari Sabtu result exam itu keluar.
Bagi anda semua yang masih tidak tahu, masih malu-malu untuk bertanya tentang perihal diri aku selama mana aku berdiam diri ni, di sini aku nak khabarkan. Ya, aku sekarang berada di Malaysia. Dah lama. Dah setahun lebih. Sebab apa? Sebab pada cuti panjang 3 bulan tahun lepas, aku gagal dalam resit exam Year 1 Medic di Newcastle. Maka aku kena mengulang tahun dan aku fikir, mungkin belajar overseas bagus untuk sesetengah orang, tapi bukan untuk aku. Jadi, aku memilih untuk mengulang tahun satu medicine di NUMed. Newcastle jugak, cuma campusnya di Malaysia. Belajar medicine jugak, cuma aku terpaksa belajar balik dari mula.
Sedih, kan?
Tapi alhamdulillah, kali ini aku lepas. Cumanya aku rasa sedikit terkilan sebab takleh nak perform macam orang lain. Aku sangat-sangat berhasrat nak dapatkan Merit dalam exam tapi usaha macam mana sekalipun aku still takleh nak dapat. Bila aku luahkan isi hati kesal ke Prof. Bradley, dia kata, “not everybody can get a Merit. You just have to know your own limit, and work constantly so it stays at that maximum level. With that, really, you’ll be fine.” Pergh, sedih hati aku dengar. Tapi betul jugak. Jadi aku set target aku ke Satisfaction, between 60-69%. Walaupun aku patut aim lagi tinggi, tapi kesal tu tetap ada sebab takdapat apa yang hati aku hajatkan.  Bila aku dah set tahap kerja aku ke level ni, aku akan sedia maklum yang segala usaha kerja aku akan membuahkan hasil takat tu je. Sebenarnya, sehabis molek usaha aku cuma bawak aku ke level Satisfaction. Aku taktahu apa lagi yang patut aku buat untuk dapatkan Merit.
Jap... Wait a seminit.
Hmm. aku rasa aku akan cuba lagi. Tengah aku menulis ni tiba-tiba aku terfikir tentang cara lain untuk aku study next term year. Cara yang akan memenatkan lagi tapi aku gerenti akan membuahkan hasil. Aku akan cuba lagi, kali ni aku akan setkan limit aku ke 70%. Bismillah!

Sekian, semua.

2 comments:

  1. congrats!! :D

    nanti jumpa aku blanje ice cream, ok? haha must meet up soon!

    ReplyDelete
  2. ceit. oh btw, madagascar kau tu dah keluar. tapi menurut blog kao tu, kau tengah kelas eh?

    papehal PM bila senang. aku tau ko sengket selalu takde kredit phone :P

    ReplyDelete