Mar 4, 2012

rehat, tarik nafas.

Salam sejahtera semua,
Tak perlu untuk aku mintak maaf sebab tak update blog ni dengan kadar yang dijanjikan aku dahulu. Aku sibuk, sangat sibuk dan most of the time apa yang aku tulis di sini hanya aku yang baca. Umpama bercakap seorang diri. Takpe, itu semua tak penting.
Aku perlukan lebih masa. Ada dua assignments untuk disiapkan dan case studies aku terbiar begitu sahaja. Exam aku akhir bulan lima. Aku perlukan lebih masa. Dan masa yang ada tak mengizinkan aku untuk bermain game, menulis blog, ataupun menonton movies. Aku cuma berharap pelajaran aku di uni menjadi menarik dan seronok supaya aku akan menghabiskan lebih masa belajar. Yes. Belajar dengan perasaan seronok akan membuatkan aku lebih kerap belajar.
Jangan tunggu aku update blog ini. Dengan izin Tuhan, bila ada kesempatan aku akan kembali menulis. Si Gadis Tionghua menanti aku untuk menghabiskannya. Mulanya aku cukup takut, kalau dibiarkan lama nanti idea cerita yang aku tengah bikin jadi penulisan ini akan hilang dan luput. Tapi kemudiannya aku perasan yang lagi lama aku simpan lagi bercambah cerita itu jadi. Jadi aku akan peram cerita ini hingga dia masak ranum.
Sekian semua. Assignment menanti.

1 comment:

  1. update pls!

    p/s: to post this comment, i need to type out characters shown on the screen. it says below, "please prove you're not a robot". LOL. Funny!

    ReplyDelete