Aug 10, 2012

Hasrat melampau semester depan

Salam sejahtera semua,
Seperti yang korang sudah sedia maklum, aku ni memang kuat berangan orangnya. Nak kata kreatif tu jauh la tidak tapi aku suka mengelamun dan berangan tentang masa hadapan. Masa hadapan yang aku selalu bayangkan itu ada kalanya kelihatan normal dan mudah digapai tetapi kebanyakkan masanya khayalan aku itu seratus peratus bersifat mustahil dan bercirikan Mat Jenin. Contoh angan-angan jenin aku adalah seperti menjadi Perdana Menteri yang tidak korup dan disayangi rakyat, jadi pelakon terkenal bertaraf antarabangsa, dan juga mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian (itu aku mengaku merupakan angan-angan paling miserable pernah aku impikan).

Alhamdulillah tahun ini aku diberi kesempatan untuk sambung study di Johor ni dan terus terang aku cakap sekarang ni aku terasa sungguh excited dan tak sabar untuk sambung belajar tahun kedua semester bulan sembilan ni. Mesti ada yang terasa pelik,kan? Macam, “poyo gila mamat ni tak sabar nak start sem. Bajet bagus sangat la tu.” Bukan apa, aku dah rasa kesannya bila belajar tak bersungguh, sebab yang ruginya nanti diri sendiri jugak. Sebab tu aku berazam untuk taknak main-main lagi dah. Kali ni nak focus study, kuruskan berat badan, and stay out of other people’s business. Aku taknak bising-bising pastu buat musuh dengan orang lain nanti hidup dah tak tenteram. Nak hidup cool and stay out of the radar. Maka aku telah bercadang untuk start a new way of life, bermula September ini, dengan harapan semua objektif hidup aku kali ini terlaksana.

Perancangan aku ini aku tulis siap-siap bukan bertujuan nak heboh kat satu dunia. Ini untuk aku baca selalu agar aku akan sentiasa beringat dan tak lupa tentang benda-enda ini. Di sini, adalah beberapa perkara yang aku ingin buat tak lama lagi:
  1. Bawa motor ke Johor – Ini masih dalam proses perbincangan. Cuti raya ni kena kaw-tim dengan abang aku mintak dia periksa apa yang patut dan aku pun kena hulur duit sedikit apa yang patut. Plan untuk hantar motor guna keretapi dan terus ambil motor kat JB bulan sembilan ni.
  2. Pergi gym – Eeerghh aku kena terima hakikat yang aku terpaksa pergi gym untuk menguruskan berat badan aku ni. Apartment ISV tu ada menyediakan gym tapi aku percaya peralatan gym tu nanti ala kadar je. Rasanya masih memadai untuk aku guna. Need to consult with Haqiq tentang routine senaman. Plan untuk spend time kat gym antara 15-20 minit, bermula 5.30 InsyaAllah. Selesai gym pergi swimming atau futsal.
  3. Cara study yang betul – Kena perbaiki cara study sedia ada. Still planning on note-writing approach. Study selepas Subuh akan diteruskan. Abandon all attempts studying in campus, it’s NOT WORKING. Harus ubah setting bilik sebab share dengan roommates (no radio, noise, etc.). Tak berhasrat untuk stay up, unless untuk siapkan homework.
  4. Diet – Utamakan breakfast. Hasrat asal untuk keluar berjogging sebelum breakfast tetapi bercanggah dengan plan study after Subuh. Need to do some experiments. Skip lunch. Kalau lapar sangat (memang akan lapar sangat nanti) beli pisang atau sandwich. JANGAN MAKAN NASI WAKTU LUNCH. Dinner makan antara waktu Maghrib dan Isyak. No supper, midnight snack, pre-sleep meal dan sebagainya. Tak payah mengada-ngada nak memasak. Takkan ada masanya nanti.

Nampak sangat main focus angan-angan aku ialah untuk kurus. Kalau sebelum ni aku cukup yakek (yuck-ed) dengan idea menghabiskan masa angkat dumb-bell tapi bila dah ada semangat atau azam tu aku rasa kali ni aku akan cuba menggunakan kemudahan yang sedia ada. Satu je aku cukup takut; aku ni pemalas sifatnya dan aku takut rancangan aku ni akan jadi hangat-hangat tahi ayam. Kadang-kadang tu bila dah malas sangat aku akan fikir, “AH malas la nak diet. Aku lagi rela gemuk dari menahan diri makan benda sedap-sedap!”. Nanti bila dah tua dah kena kencing manis, darah tinggi dan myocardial infarction baru kau nak tersedu-sedu menangis mintak maaplah takde sape bulih tolong. Tak gitu?
Gitu-gitu.

Sekian, semua.

1 comment:

  1. try jgn makan nasi sebulan, confirm turun byk. ;)

    ReplyDelete

Strictly no flirty languages, excessive smileys, or being overly-familiar (unless I know you personally). Thank you for reading!