Oct 20, 2012

Di sebalik aktiviti ‘Negara Impian’

Salam sejahtera semua,
Gilalah lama dah tak menulis kat sini. Kalau di medan maya diadakan sawang dan debu aku rasa blog aku ni dah kira penuh dengan habuk dan kotoran. Bukan apa, semester baru ni betul-betul buat aku tak cukup tangan dan kaki belajar. Masa itu menjadi lagi penting dan terus terang aku nak habaq yang aku takboleh buang masa menulis blog sekarang ni.
Tapi takpe. Malam ini tak mengapa. Hihi.
Kali ini aku nak bercerita tentang psikologi di sebalik aktiviti berkumpulan ‘negara impianku’. Kalau korang semua masih ingat, setiap kali program jati diri atau kem motivasi mesti akan ada aktiviti ini. Setiap kumpulan akan diberikan sehelai kertas majong besar untuk korang lukis peta negara impian dan isikan negara korang dengan apa jua teknologi atau infrastruktur yang diimpikan. Bila dah besar (petang tadi, sebenarnya) baru terfikir tentang pengajaran atau intipati aktiviti tersebut.
image
Contoh peta negara pilihan
Perkara pertama yang bermain di minda: Kenapa mesti negara ideal berbentuk pulau? Dulu-dulu pun aku terfikir lagi senang kalau negara aku berbentuk pulau. Kecil bererti senang diurus, tak bergunung-ganang, serta tiada negara jiran yang akan menumpahkan ribuan pelarian masuk ke negara aku.
Negara berbentuk pulau menjadi pilihan sebab kita akan berasa yang negara kita sempurna. Sebab dalam peta hanya negara kita yang kita nampak, maka kurang persaingan dari negara jiran. Bila berbentuk pulau kita akan rasa kita yang berkuasa. Sebab itu bila kena bentangkan di depan semua orang kemudiannya tiada siapa akan menerangkan tentang struktur kerajaan pilihan, kerana kita ‘assume’ kita yang memerintah. Tiada raja, tiada ketua, tiada kerajaan.
Sedangkan asas sebuah negara ada 3: Tanah, rakyat, dan kerajaan.
Aku ada juga terfikir kenapa negara ideal mesti berbentuk-bentuk dan bersegi? Maksud aku, kenapa tak kita lukis segi empat atau bulat? Kan lagi senang haha tak begitu? Di sini kita lebih menerima tentang hakikat yang negara yang kita hendak bergantung kepada faktor geografi tempat itu. Sepatutnya boleh saja kalau kita letak sempadan negara kita bergaris-garis lurus. Tapi kita masih pilih untuk lukis hengot-bengot macam gambar kat atas.
Aktiviti ‘negara impian’ ini banyak mengajar kita tentang negara yang ideal. Kita akan menimbang kira apa sebenarnya yang terjadi atau ada di negara kita, baik atau buruk, buang atau terima, dan kemudiannya kita akan gunakan semula semuanya di negara impian. Sistem pengangkutan canggih tanpa sesak dan kelewatan, polis, hospita, bomba dan tentera yang mencukupi, ibukota yang maju dan rumah-rumah yang mewah. Apa yang aktiviti ini lupa nak didik kita ialah nilai bersyukur dengan apa yang negara kita ada. Erti sayang akan negara kita. Boleh ceita juga dengan berangan tentang negara impian kita akan berusaha untuk membangunkan negara kan?
Okay aku dah merepek.
Sekian semua,

No comments:

Post a Comment