Salam sejahtera semua,
This very late and overdue post kali ini berkenaan pengalaman aku pergi ke Universal Studios Singapura (USS) baru-baru ini. Entri ini ialah sambungan dari post Sentosa island and Orchard road tempoh hari. Maaf, aku kehilangan mood dan rhythm untuk menyambung cerita. Oleh sebab sekarang ini aku tiba-tiba ada semangat, maka sekarang jugak aku akan cuba recall and menulisnya semua di sini.
Pertama-tama sekali: Pengangkutan
Aku ingatkan pada mulanya agak senang nak ke USS ni. Kitorang takde member yang pernah pergi ke USS dari Johor and bila check kat Internet takde satu pon yang memberi petunjuk ke mana dan apa yang patut kitorang lakukan. Kaji punya kaji kitorang dapat tahu yang cara paling mudah untuk ke USS ialah dengan menaiki bas Odyssey dari Tune Hotel berdekatan Danga Bay, Johor. Itu ialah apa yang orang cakap di Internet. Seterusnya, pergilah dalam seminggu atau dua minggu awal ke Tune Hotel dan cari kaunter bas Odyssey berhampiran dengan lobby hotel. Ini kerana khuatir nanti tiket bas habis. Terutamanya musim cuti. Kalau korang beli awal-awal takdelah masalah itu semua. Lagi senang. Diorang jugak ada menjual tiket USS so aku nasihatkan korang supaya beli je tiket itu semua di situ. Prepare duit dalam RM200 untuk tiket bas dan tiket USS. So, pengangkutan pergi dan balik dari Tune Hotel – USS – Tune Hotel sudah settle. Korang pandai-pandai decide nak naik bas pukul berapa and nak balik pukul berapa. USS bukak dari pukul 10 pagi hingga 7 petang (weekdays) and 9 malam (weekends). Aku rasalah. Hahaha.
Kami pilih pukul 7 pagi – 7.30 malam. Bila dia kata 7 pagi tu pukul 6.45 pagilah korang dah sampai kat hotel tu. Jangan terhegeh-hegeh pukul 7 pagi masih on the way lagi. Alamatnya confirm korang kena tinggal walaupun dah bayar. Ini amaran betul-betul.
Bas ini akan lalu Link Kedua (Tuas) so procedure di kastam akan jadi lagi senang dan lancar sebab tak banyak orang. Bas akan sampai di Sentosa Island approximately pada pukul 9 pagi so korang ada la masa untuk breakfast dan convert money untuk beli souvenir nanti.
Universal Studios Singapore:
Aku pon tak tau apa yang aku nak sharekan bersama korang di sini. My first impression about USS? Gempak. Aku punyalah jakun bila masuk aku terlompat-lompat macam budak kecik dapat masuk Universal Studios. Cuma badan aku tak kecik. And aku bukan budak. But Universal Studios nonetheless. So, apa yang korang expect to do in here? Basically orang pergi sini sebab nak naik rides!
Tempat ni dibahagikan kepada beberapa bahagian atau kawasan. Antaranya adalah kawasan Hollywood, Sci-fi, Egypt, Jurassic Park, Far-far Away land, Madagascar, and.. jap. Itu je kot. Nak tau dengan lebih lanjut sila pergi sendiri la ek. Rides yang aku seriously recommend:
- Transformers (yang ni aku naik 2 kali)
- Battlestar Galactica (serious lutut aku ketaq lepas naik ni. Not for the faint of heart)
By the time aku habis Cylone (ride biru dari Battlestar Galactica – gambar atas kanan) aku tak berapa ingat and enjoy ride ketiga aku dalam kawasan Egypt. Something about revenge dari cerita The Mummy. Equally frightening as Cylone.
Seterusnya, aku lampirkan gambar-gambar untuk santapan bersama. Click to enlarge.
Sangat berbaloi pergi tempat ini. Another advice: Jangan takut untuk beli souvenir! Memang bila tengok harga nampak macam mahal tapi dekat situ je la korang boleh beli merchandise Universal Studios so beli je!!!! Aku spent sampai $60 beli botol air transformers, baju Shrek and makan-makan kat situ. Nak berhenti seketika and solat? Don’t worry, kat USS ni surau ada disediakan. Pergi ke tempat locker di kawasan Sci-fi , korang akan jumpa macam pondok kecil di belakang. Kecil, tapi selesa dan memadai. Makanan halal pun ada. Just make sure korang make sure it's halal. Check for the Halal logo.
All in all, it’s worth it. Some would say Universal Studios Singapore is a bit small but duhh, it’s Singapore. What else would you expect?
P/S: Time aku pergi tu $100 equals RM250. Kalau convert duit kat Resort World (Sentosa Island), korang akan rugi sedikit.
Sekian, semua.
No comments:
Post a Comment