Setelah sekian lama menetap di ISV yang ter‘chenta’ ini akhirnya ada juga kesempatan untuk aku upload gambar-gambar bilik aku untuk tatapan semua yang berminat. Agak lambat sebenarnya sebab aku pun dah hilang feeling berpindah masuk. Yela, selalunya bila baru masuk tempat baru kan semua orang akan ambik gambar-gambar pastu upload kat facebook. Aku pulak takde masa sebab tahun ini module semester macam hawau.
Bagi mereka yang masih dalam kegelapan, aku sekarang menetap di International Student Village (ISV) di Educity Nusajaya. Asrama pelajar je sebenarnya, nama je nak gempak. Kalau service gempak gak lain cerita la kan huh. Kenapa? Kerana uni aku, Newcastle University Medicine Malaysia (NUMed) terletak di situ. Ya, Nusajaya. Ala, tempat Legoland tu. Kat Johor.
Ergh. Pergi googlemap kalau taktau lagi.
Ergh. Pergi googlemap kalau taktau lagi.
Okay, kembali ke focus utama post, di sini aku nak tunjuk gambar bilik aku:
Bilik ni aku kongsi dengan Shakir Mazalan. Katil aku letaknya di tepi tingkap supaya bila aku tengah dalam dilemma atau tangkap syahdu aku boleh pandang luar tingkap sambil merenung masa hadapan.
Korang boleh nampak stadium yang sampai sekarang tak siap-siap lagi. CIS.
Kitorang berkongsi bilik air dan tandas dengan bilik tepi yang didiami oleh Izani Ariffin dan Farid @halu89.
Pintu kiri dalam gambar ialah pintu ke bilik air dan tandas. Atas dasar privasi aku tak ambil gambar dalam bilik air. Usah khuatir, based on keadaan bilik macam ni korang boleh assume yang bilik air kitorang pun bersih gak. Kenapa? Sebab roommates aku semuanya pembersihhhh. Betul tak tipu. Pintu kanan pulak namanya utility room.Tong biru yang besar ni tong makanan aku dan Shakir. Gunanya bila ada emergency seperti zombie apocalypse, banjir besar, kemarau panjang, dan bila perut aku lapar. HAHAHA.
Oleh sebab aku malu nak tunjuk so aku pixelate gambar ni.
Utility room. Itu rak kasut aku. Kitorang take turn basuh baju sebab tempat sidai limited. Nak basuh baju ada dobi kat ground floor. RM3 sekali guna satu mesin basuh. Oh btw bilik aku di tingkat 1.
Ini meja aku. Most of the time memang tempat aku berkemas macam ni. Boleh kata 88% la. Selebih masanya tu sebab kadang-kadang aku dilanda rasa malas nak kemas takpun bilik bersepah dengan buku dan kertas.
Eh, apa benda kat tamble lamp tu?
Ni childhood toy aku, okay. Don’t judge my sentimental value.
Okay itu sahaja buat kali ni. So korang nampak tak kenapa aku suka sangat balik bilik bila ada masa lapang? HAHAHA. Lagipun aku dah tak boleh concentrate belajar kat campus so kalau aku nak belajar aku akan study kat sini sahaja.
Sekian, semua.
No comments:
Post a Comment